Thursday 31 December 2015

BILA DALAM POKET TINGGAL RM10 SAHAJA !!






BILA DALAM POKET TINGGAL RM10 SAHAJA !!

"Setahun selepas itu.... saya mendapat satu projek dari agensi kerajaan di Perak.

Pada hari saya ingin pergi menguruskan projek tersebut, wang yang ada pada tangan saya ketika itu hanya RM10. Duit dalam akaun bank pula, tinggal cukup syarat sahaja. Nasib baik ada baki minyak kereta yang masih penuh. Tak perlu fikir soal nak isi minyak. Masa itu saya dan isteri tengah teruk diserang sihir dan duit kami habis digunakan untuk berubat.

Sebelum bertolak, saya telefon isteri beritahu yang saya hanya ada RM10 untuk pergi ke Perak ini. Tak pasti ianya cukup atau tak untuk balik ke KL semula.

Namun saya tetap mahu pergi juga kerana projek ini kalau saya dapat siapkan maka adalah sedikit pendapatan. Boleh juga buat berubat dan bayar hutang bulanan kata saya.

Yang memeritkan lagi wang syarikat saya pula semua sedang tersangkut dengan beberapa projek masih belum bayar bulan itu.

Saya selongkar di kereta mana tahu ada wang-­wang tersorok barang seringgit dua.

Akhirnya ada duit tapi cukup untuk bayar tol setelah campur RM10 saya tadi.
Saya nekad pergi juga, kalau saya tak lepas balik KL maka saya akan menebal muka telefon minta pada mak atau kawan-­‐kawan.

Saya bertolak sebelum zohor dalam pukul 11 pagi ke Perak

Setelah selesai urusan di Perak saya sudah mula perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sengaja saya memandu perlahan kerana tengah berfikir mana nak cari duit buat bayar tol nanti.

Kuasa Allah! Lebih kurang jam 3 petang isteri saya telefon,

“Sayang tahu tak dalam akaun company ada RM10,000 lebih!”

Isteri saya berkata lagi beliau ada berdoa pada Allah lepas saya telefon tadi agar urusan saya dipermudahkan dan saya dimurahkan rezeki hari itu untuk ada sedikit wang untuk balik ke KL semula.

MasyaAllah.... masa tu saya sukar nak percaya.

Saya kata.. betul ke atau dia tersilap tengok. Dia kata “betul!”

Saya bergegas cari ATM dan check baki akaun syarikat saya.
Al-­hamdulillah memang ada RM10,380.

Oh baru saya tahu ini rupanya payment dari agensi yang dah hampir setahun tak buat bayaran dan baru hari ni bayaran itu dapat pada saya. Allah maha mengaturkan semuanya!

Pada hari itu saya menangis di dalam kereta semasa memandu pulang ke KL kerana tersentuh dengan kuasa dan aturan Allah S.W.T."


* Semoga semakin ramai yang kembali yakin dan sentiasa yakin dengan segala aturan daripada-Nya. Tugas kita sebagai hamba adalah menurut segala perintah dan tinggalkan segala tegahan-NYa dan jangan sesekali putus asa atau berhenti berusaha...

.
.
 

No comments:

Post a Comment