Thursday 31 December 2015

RESEPI - AYAM MASAM MANIS







AYAM MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN :
300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah..
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment